KUALA LUMPUR 27 Feb. – Selangor belum pernah menang dalam empat perlawanan pertama Liga Super setakat ini, namun Red Giants tetap menyambut kedatangan juara lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Jumaat ini dengan keyakinan tinggi. Berbekalkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, anak-anak buah B. Sathianathan akan mengeluarkan segala yang terbaik untuk memberi kekalahan pertama kepada Harimau Selatan dan mengembalikan keyakinan dengan meraih kemenangan sulung.…