SHAH ALAM: Hubungan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengamal media terus diperkukuh menerusi penganjuran program perlawanan pickleball yang berlangsung hari ini. Program kolaborasi itu menghimpunkan warga SPRM Selangor dari pelbagai bahagian bersama wakil media dari Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) dengan matlamat mengeratkan silaturahim, selain mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli berkata, penganjuran program tersebut lebih bersifat santai dan berkonsepkan pertemuan mesra…










