KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kakitangan perkhidmatan awam boleh membuat permohonan perlindungan program takaful CuepacsCare dan CuepacsPA yang dilancarkan Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare (MyCuepacsCare). Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dalam satu kenyataan berkata, sistem yang dilancarkan pada awal Januari itu boleh diakses melalui www.cuepacscare.my. Setakat ini katanya, MyCuepacsCare telah menerima lebih 2,000 permohonan daripada penjawat awam menerusi pautan berkenaan. “Permintaan penjawat awam untuk menyertai…










