Juventus mahu jaringan di Madrid - Utusan Malaysia

Juventus mahu jaringan di Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 16 Feb. – Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri percaya pertemuan dengan Atletico Madrid dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara akan menjadi perlawanan terbuka dengan kedua-dua pasukan akan rancak memburu jaringan.

Pendahulu Serie A itu akan bertandang ke Wanda Metropolitano, Rabu ini bagi pertemuan pertama sebelum perlawanan timbal balas di Turin.

Allegri dilihat begitu terdesak untuk mencari jaringan di ibu kota Sepanyol namun sedar Atletico bukan lawan mudah terutama selepas mereka berjaya ke saingan suku akhir empat kali dalam tempoh lima musim.

“Pasukan kami berada dalam keadaan baik. Ini adalah pertemuan sukar kerana kami menentang pasukan yang memiliki kekuatan fizikal.

“Atletico sangat agresif ketika beraksi di laman sendiri. Mereka juga memiliki rekod cemerlang dalam kancah bola sepak Eropah.

“Perlawanan ini akan menjadi sangat terbuka, kami memiliki peluang sama rata dengan mereka.

“Kami perlu menjaringkan gol di Madrid. Jaringan di Madrid akan menentukan masa depan kami dalam saingan ini,” katanya selepas menundukkan Frosinone 3-0.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN