SRINAGAR 27 Feb. – Seorang juruterbang Tentera Udara India (IAF) terbunuh selepas jet pejuang yang dinaikinya terhempas di Budgam berhampiran daerah Jammu dan Kashmir, pagi ini.
Lapor Times of India, pesawat Mi-17 yang berlepas dari Lapangan Terbang Srinagar itu terhempas di kawasan lapang berhampiran perkampungan Garend Kalaan, kira-kira pukul 10.05 pagi ini.
Pesawat yang dilaporkan terputus dua itu kemudiannya terbakar. Identiti mangsa setakat ini masih belum didedahkan lagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap polis memberitahu, pihak keselamatan sedang menyiasat sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan Tentera Udara Pakitan di sepanjang garisan kawalan (LOC) sempadan Pakistan di Kashmir atau sebaliknya. – -AGENSI











