KUANTAN – Seorang jururawat kerugian RM34,810 setelah diperdayakan selama lebih lima bulan dalam proses mendapatkan pinjaman wang yang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendent Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa pembayaran itu dibuat secara berperingkat sejak 29 Ogos lepas. “Mangsa mendakwa berminat untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 yang kononnya ditawarkan ejen pinjaman kewangan sebuah bank sebelum diarahkan berurusan dengan suspek lelaki…










