NEW DELHI 12 Feb. – Jumlah korban kebakaran sebuah hotel di sini meningkat kepada 17 orang. Menurut Pengarah Perkhidmatan Kebakaran Delhi, G. C. Misra, kebakaran tersebut berlaku sebelum subuh di Hotel Arpit Palace yang terletak di kawasan padat sentral Delhi. “Sebelum ini, kira-kira sembilan maut termasuk wanita dan kanak-kanak manakala tiga mengalami kecederaan,” katanya. – AFP










