Jualan perdagangan borong dan runcit catat RM1.25 trilion - Utusan Malaysia

Jualan perdagangan borong dan runcit catat RM1.25 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Jua­­lan subsektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus kepada RM1.25 trilion pada 2018 berban­ding tahun sebe­lumnya, me­nurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin (gambar) da­­lam kenyataan berkata, bagi suku keempat 2018 (4Q18),Indeks Volum berkembang 8.1 peratus kepada 173.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh pengembangan perdagangan runcit sebanyak 11.8 peratus.

 

Bagi tempoh sama, Indeks Volum perdagangan borong dan kenderaan bermotor, ma­sing-masing turut merekodkan peningkatan 6.2 peratus dan 1.9 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi perbandi­ngan antara suku tahun, Indeks Volum Pelarasan Musim bagi perdagangan borong dan runcit me­ningkat 1.7 peratus berban­ding suku ketiga 2018, disumbangkan oleh subsektor perdaga­ngan borong dan perdagangan runcit ma­sing-masing sebanyak 2.6 peratus dan 1.5 peratus,” kata Mohd. Uzir.

Indeks Volum Pelarasan Musim bagi Kenderaan Bermotor menyusut 3.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Nilai jualan perdaga­ngan borong dan runcit bagi 2018 naik 8.0 peratus kepada RM109 bilion bagi Disember 2018 berbanding tempoh sama pada 2017. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×