Jualan alat pendingin hawa meningkat ekoran cuaca panas - Utusan Malaysia

Jualan alat pendingin hawa meningkat ekoran cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kehangatan bahang cuaca akibat musim panas yang berterusan memberi impak positif kepada kedai-kedai yang menjual penyaman udara atau pendingin hawa apabila tinjauan ke beberapa kedai di negeri ini menunjukkan jualan mereka meningkat sehingga 40 peratus.

Pengurus Aiman Electrical Engineering, Nu’Aiman Mustaqim Mazlan, 28, berkata, cuaca panas telah menyebabkan permintaan tinggi terhadap penyaman udara sehingga beliau terpaksa menambah pekerja untuk memudahkan pemasangan alat itu di rumah pelanggan.

Menurutnya, selain pelanggan yang datang ke kedainya di Kepala Batas untuk membeli pendingin hawa, ramai juga yang datang hanya untuk urusan menyelenggara alat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa kedai elektrik di Jalan Rangoon di sini juga mendapati penjualan pendingin hawa di kedai-kedai mereka turut meningkat.

Seorang pekerja sebuah kedai pemborong pendingin hawa dan alat ganti pendingin hawa di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Yeoh, 25, memberitahu, jualan di kedai tempatnya bekerja turut mencatatkan pertambahan apabila sebanyak 10 hingga 20 buah pendingin hawa boleh dijual hanya dalam masa sehari. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN