Jual aset kurangkan hutang negara? - Utusan Malaysia

Jual aset kurangkan hutang negara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebelakangan ini kita banyak mendengar berita mengenai syarikat X menjual aset dan institusi pelaburan dari luar negara membeli pega­ngan saham syarikat Y.

Mengapa aktiviti jual beli ini berlaku? Lebih-lebih lagi ia berlaku dengan lebih kerap dalam kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) dan sayap pelaburan negara.

Syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) adalah Kha­zanah Nasional Bhd. (Khaza­nah), Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, kerajaan juga sebelum ini menegaskan bahawa sedang giat mengkaji dan mengenal pasti aset yang ingin dijual bagi mengurangkan beban hutang negara.

l Axiata jual M1

Mengambil contoh Axiata Group Bhd. (Axiata) melalui anak syarikatnya, Axiata Investments (Singapore) Limited menjual keseluruhan kepen­tingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte. Ltd. (Konnectivity), pada harga RM1.65 bilion.

Adakah M1 yang dijual tidak menunjukkan prestasi baik? Tetapi kalau aset itu tidak baik, mengapa ada pihak luar membelinya?

Pelaburan Axiata dalam M1 bermula pada 2005 dan syarikat itu telah menyumbang kepada pertumbuhan Axiata dengan dividen berjumlah RM1.1 bilion sejak 10 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, M1 memberikan dividen positif sekitar tujuh pe­ratus.

l Khazanah jual IHH

Khazanah yang memiliki pegangan di dalam Axiata turut melupuskan 16 peratus kepen­tingan atau 1.4 bilion saham dalam IHH Healthcare Bhd. (IHH) kepada Mitsui & Co. Ltd. pada November tahun lalu.

Pada 14 Februari lalu, Kha­zanah dilaporkan akan mengumumkan pelan untuk mengurangkan kepentingannya dalam aset bukan strategik membabitkan Tenaga Nasio­nal Bhd., Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dan Telekom Malaysia (TM).

Adakah dengan pelupusan pegangan di dalam Axiata sete­rusnya IHH yang membabitkan pertimbangan tunai RM8.42 bi­lion atau RM6 sesaham itu memberi petunjuk kepada pelan yang bakal diumumkan nanti?

Ia dalam masa sama memperlihatkan usaha sayap pelaburan kerajaan itu untuk meningkatkan sumbangan kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara.

Syarikat dana nasional tersebut, Khazanah pada 18 Februari lalu menjangkakan mampu memberi lebih RM1 bilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen tahunan pada 2019 berbanding RM1 bilion pada 2017.

l Kehilangan hasil RM23 bilion

Persoalannya, mengapakah pendapatan negara tidak cukup? Adakah disebabkan kehilangan hasil sebanyak RM23 bilion setahun selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar?

Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bi­lion setahun sahaja berbanding GST RM44 bi­lion setahun.

Apa lagi usaha kerajaan untuk menampung pendapatan yang lompong itu? Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) ‘dike­rah’ untuk membayar tambahan RM30 bilion dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019.

Seterusnya siapa pula yang perlu berkorban atau dikorbankan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×