JPJ rancang wujudkan saluran radio untuk pengguna kenderaan - Utusan Malaysia

JPJ rancang wujudkan saluran radio untuk pengguna kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 28 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewujudkan saluran radio berinformasi untuk memberi panduan dan maklumat kepada lebih 20 juta pengguna kenderaan di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, usaha mewujudkan saluran radio berkenaan bagi mendidik para pengguna kenderaan mengenai peraturan lalu lintas termasuk undang-undang yang harus dipatuhi.

Langkah ini katanya, bertujuan menghubungkan agensi itu dengan pengguna kenderaan secara langsung menerusi saluran radio di mana mereka akan mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai peranan JPJ dan masyarakat.

“JPJ akan meuwuudkan satu konti saluran kerana mahu berhubung terus dengan pelanggan kami iaitu pengguna kenderaan.

“Selain mendapat maklumat mengenai peraturan jalan raya, kita mahu mendidik orang ramai agar meningkatkan kesedaran bagi mencegah kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online dalam sidang akhbar selepas menutup Kursus Media Sosial anjuran Sibermedia Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka, di sini sebentar tadi.

Sepanjang kursus tiga hari tersebut, sebanyak 51 anggota dan pegawai JPJ dari seluruh negara mengambil bahagian bagi memahirkan peserta dalam melaksanakan tugasan harian masing-masing.

Kursus selama tiga hari bermula Selasa lalu itu bertemakan ‘Warfare, Poketgrafi dan Penulisan Kreatif’ melibatkan pegawai perhubungan awam ibu pejabat serta negeri dan beberapa bahagian lain dari Unit Komunikasi Korporat JPJ.

Menurut Shahruddin, lokasi stesen saluran radio itu sedang dirancang dan beberapa pegawainya sedang menjalani latihan untuk menjadi penyampai dan ia bakal dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN