PUTRAJAYA 28 Feb. – Kerajaan negeri Johor memohon peruntukan sebanyak RM5.2 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di negeri itu. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 160 projek yang menjadi keutamaan negeri melibatkan 19 kementerian. “Besarlah harapan kami agar kepimpinan Kerajaan Persekutuan dapat melihat apa yang dilakukan oleh kami di negeri Johor ini dan membantu menyediakan dana pembangunan infrastruktur. ” Ini…