Jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Abdul Bari selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di Sungai Terengganu kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini kira-kira pukul 2.30 petang ini. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid kampung sama selepas solat zohor. 

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 500 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.

Mayat Abdul Bari Asyraf ditemukan pukul 7.24 pagi ini dalam keadaan terapung kira-kira 2.5 kilometer daripada tempat dia dilaporkan lemas. 

JENAZAH Abdul Bari Asyraf Mohd yang lemas di Pulau Warisan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan I
JENAZAH Abdul Bari Asyraf Mohd yang lemas di Pulau Warisan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah selepas disembahyangkan di masjid kampung itu hari ini. – UTUSAN ONLINE/ AZLAN BAHRUM

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, Abdul Bari Asyraf merupakan kalangan enam orang awam yang terjun menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terjunam di Sungai Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN