AMSTERDAM 14 Feb. – Jaringan lewat permainan Marco Asensio dan penampilan pertama teknologi video bantuan pengadil (VAR) membantu Real Madrid menundukkan Ajax 2-1 dalam aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Ajax yang tidak pernah menundukkan Madrid dalam tempoh 24 tahun hampir menamatkan kemarau kemenangan itu di Arena Johan Cruyff apabila Nicolas Tagliafico menanduk masuk jaringan tuan rumah hasil kesilapan Thibaut Courtois. Bagaimanapun pengadil Damir Skomina membatalkan jaringan itu selepas memutuskan Dusan Tadic berada dalam kedudukan ofsaid selepas menilai semula rakaman VAR. Madrid kemudiannya meledak dua jaringan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya