LONDON 6 Feb. – James Milner menolak kritikan terhadap Liverpool selepas Reds keciciran mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebaliknya penolong kapten itu mengakui gembira de-ngan situasi pasukannya yang kini berada di takhta liga. Liverpool kini hanya berkelebihan tiga mata berbanding Manchester City selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu diikat 1-1 oleh West Ham, semalam. Bagaimanapun, Milner mengingatkan semua pihak yang meragui kemampuan Li-verpool dan memberitahu, segala apa yang…










