SAUDARA PENGARANG,YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) adalah sebuah badan amanah yang ditubuhkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussin pada 1974 bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berjalan seiring dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran syiar Islam di Malaysia. Matlamat utama Yadim adalah untuk mengembangkan dakwah massa bagi melahirkan sebaik-baik umat melalui pendekatan berhikmah dengan beberapa fungsi teras untuk menyelaraskan kegiatan dakwah…










