Jangan ‘main-main’ pilih pemimpin - Utusan Malaysia

Jangan ‘main-main’ pilih pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Feb. – Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto menyeru masyarakat supaya ‘tidak main-main’ ketika membuat pilihan dalam pilihan raya umum (Pemilu) 2019.

Lapor Republika, beliau turut menasihatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang memiliki pengalaman.

“Masyarakat akan menghadapi pilihan raya Presiden (Pilpres) dan pilihan raya legislatif (Pileg) 2019. Kelihatannya mudah untuk pilih pemimpin, lalu selesai, walhal tidak.

“Kita harus memilih pemim­pin berdasarkan pengalaman dan ‘rekod’ mereka kerana Pemilu merupakan penentu nasib rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang dan oleh yang demikian, mereka perlu memilih dengan bijak,” katanya di sini.

Beliau berkata, Pilpres merupakan penentu nasib bangsa dan rakyat jangan keliru untuk memilih pemimpin jika tidak ingin melihat kehancuran Indonesia.

“Dalam agama Islam dan Rasulullah sendiri menyebut bahawa jika kita menyerahkan sesuatu perkara bukan kepada yang sepatutnya, maka kehancuran akan berlaku,” katanya.

Selain itu, Wiranto juga menasihatkan masyarakat supaya tidak memilih pemimpin yang kurang berakal kerana keputusan itu bakal mengheret rakyat negara ini ke arah kehancuran.

“Kehancuran itu akan ‘dinikmati’ oleh semua lapisan masyarakat dan adakah itu yang anda inginkan?” soalnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan semua agensi kerajaan termasuk penjawat awam memainkan peranan penting dalam membantu rakyat memi­lih pemimpin mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN