JAKARTA 6 Feb. – Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto menyeru masyarakat supaya ‘tidak main-main’ ketika membuat pilihan dalam pilihan raya umum (Pemilu) 2019. Lapor Republika, beliau turut menasihatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang memiliki pengalaman. “Masyarakat akan menghadapi pilihan raya Presiden (Pilpres) dan pilihan raya legislatif (Pileg) 2019. Kelihatannya mudah untuk pilih pemimpin, lalu selesai, walhal tidak. “Kita harus memilih pemimpin berdasarkan pengalaman dan ‘rekod’ mereka…










