LONDON 27 Feb.- Pengurus Liverpool, Juergen Klopp meminta pemainnya lebih menumpukan pencapaian positif mereka menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL), berbanding memikirkan kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini. Dengan liga masih berbaki 11 perlawanan, The Reds kini hanya mempunyai kelebihan satu mata ke atas pencabar terdekatnya, Manchester City ekoran tiga keputusan seri dalam empat aksi EPL . Namun, Klopp tidak mahu memikirkan peluang yang disia-siakan sejak beberapa minggu ini, sebaliknya meminta anak…










