Menunaikan ibadah haji sememangnya menjadi impian setiap umat Islam. Kemudahan subsidi yang diberikan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) selama ini dilihat sebagai satu ‘rahmat’ kepada umat Islam yang kurang berkemampuan untuk sampai ke Tanah Suci. Namun baru-baru ini, desas-desus bahawa pengiring jemaah haji serta kes rayuan tidak lagi diberikan subsidi seperti tahun-tahun lalu membuatkan ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih. Manakan tidak, pengiring yang berperanan membantu jemaah haji yang…










