Jangan guna identiti kaum untuk ukur kekayaan, kemiskinan - Utusan Malaysia

Jangan guna identiti kaum untuk ukur kekayaan, kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Identiti kaum tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai kejayaan ekonomi kerana semua rakyat berpeluang untuk meraih kemajuan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha untuk merapatkan lagi jurang perbezaan pencapaian ekonomi yang dialami rakyat sekarang sebagai langkah yang dapat mempercepatkan lagi kemajuan negara. 

“Kerajaan akan terus berusaha merapatkan (lagi) hubungan (antara golongan) miskin dan kaya supaya kekayaan negara kita dapat diagih bersama. Jangan samakan identiti kaum dengan kaya dan miskin,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Perdana Perpaduan di Dewan Sri Pinang di sini. 

Perhimpunan berkenaan bersempena sambutan Hari Perpaduan dan Ulang Tahun ke-15 Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP).

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi MPMNPP, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN