Jalan rosak menyusahkan penduduk kampung - Utusan Malaysia

Jalan rosak menyusahkan penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 27 Feb. – Penduduk di Kampung Parit Sungai Burung di sini meminta pihak berkenaan memberikan perhatian terhadap jalan utama di kampung berkenaan yang rosak teruk sehingga menyusahkan pengguna.

Selain itu, keadaan jalan yang mendap dan retak membahayakan pengguna malah kerap berlaku tayar kereta terbenam ke dalam lubang yang mendap di laluan tersebut.

Seorang penduduk, Muhamad Izham Zainal Abidin, 30, berkata, jalan tar yang rosak teruk sejauh lebih kurang 100 sehingga 500 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…
KEADAAN jalan raya yang rosak di Kampung Parit Sungai Burung,
KEADAAN jalan raya yang rosak di Kampung Parit Sungai Burung, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. – UTUSAN/A. MALEK ASLIE

Menurutnya, jalan tersebut telah diturap semula dua tahun lalu dan mula menga­lami keretakan sejak setahun lalu.

Katanya, jalan itu rosak kerana dibina berdekatan dengan tebing sebuah parit dan kini semakin mendap sehingga senget.

“Jalan ini merupakan laluan utama di kawasan yang digunakan oleh penduduk setiap hari untuk berulang alik ke pekan Tanjung Piandang.

“Bagi menggelakkan jalan ini terus rosak, pihak yang berkenaan perlu membuat penebat yang lebih kukuh dengan memacak kayu bakau di tebing parit,” kata­nya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seorang petani, Roslan Saari, 50, berkata, keadaan jalan yang rosak menyusahkan penduduk terutama pelajar dan pekerja kilang.

Menurutnya, semasa majlis kenduri kahwin di kampung berkenaan, pasti ada kereta yang tersangkut di jalan itu apabila tayarnya terbenam ke dalam lubang.

“Penduduk akan membantu kenderaan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih sukar apabila waktu malam dan subuh kerana van akan mengambil pekerja di sini.

“Saya berharap pihak yang berkenaan segera memberikan perhatian terhadap masalah jalan di kampung ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini