Isu sijil: Guan Eng pertimbang saman Ka Siong, media - Utusan Malaysia

Isu sijil: Guan Eng pertimbang saman Ka Siong, media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Lim Guan Eng mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berikutan mempersoalkan kredibiliti Menteri Kewangan itu sebagai akauntan profesio­nal bertauliah.

Setiausaha politiknya, Tony Pua berkata, tindakan sama itu berkemungkinan dikenakan terhadap media yang melaporkan berhubung perkara tersebut.

“Peguam kepada Menteri Kewangan telah menasihatkan bahawa Guan Eng berhak memfailkan saman fitnah terhadap mana-mana media pro Barisan Nasional (BN) yang berterusan melaporkan penipuan dengan niat merendahkan serta mempertikaikan kedudukan dan kredibiliti beliau.

“Jadi jika beliau mahu, mungkin akan saman mana-mana pihak berkaitan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Ka Siong menerusi akaun Facebook miliknya meminta Guan Eng menjelaskan bagaimana beliau berjaya menjadi akauntan profesio­nal bertauliah setahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Monash.

Kata Ka Siong, hal itu kerana terdapat dua perkara pelik mengenai maklumat yang disiarkan dalam laman web limguaneng.com berkenaan kelayakannya men­­jadi seorang akauntan pro­fesional bertauliah. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×