GAZA 4 Feb. – Israel dilaporkan telah memulakan fasa baharu pembinaan tembok di sepanjang Semenanjung Gaza bagi mengelakkan penduduk Palestin daripada menceroboh Israel.

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – AGENSI
“Hujung minggu lalu, kami mula membina penghadang setinggi enam meter di sepanjang sempadan Gaza,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam sebelum mesyuarat Kabinet minggu bermula.
Lapor al-Jazeera, pembinaan tembok itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.










