Insentif getah sekerap antara 50-80 sen diaktifkan - Utusan Malaysia

Insentif getah sekerap antara 50-80 sen diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi bulan Januari 2019 dengan bayaran untuk cuplump atau getah sekerap, masing-masing 50 sen sekilogram di Semenanjung, 80 sen sekilogram di Sabah dan 70 sen sekilogram di Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan hari ini, berkata IPG diaktifkan pada Januari berikutan harga purata peringkat ladang bagi cuplump bulan tersebut adalah RM2 sekilogram di Semenanjung, RM1.70 sekilogram (Sabah) dan RM1.80 sekilogram (Sarawak).

“Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran Januari 2019 mulai 1 hingga 28 Feb, 2019,” kata LGM.

Disember lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari 2019, bagi mengelak pekebun getah terus terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN