SHAH ALAM – Prosiding sesi pagi pada hari ketujuh inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditangguhkan susulan saksi ke-11 tidak dapat menghadirkan diri kerana bapanya terlibat dalam kemalangan.
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Bagaimanapun, prosiding akan bersambung pukul 2.30 petang ini dengan memanggil saksi ke-12.
“Sepatutnya pagi ini ada saksi tetapi dia menghubungi pegawai penyiasat memaklumkan bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Dia terpaksa menjaga bapanya,” katanya tadi.
Untuk itu, beliau meminta pegawai penyiasat untuk menghubungi saksi itu semula bagi memastikan kehadirannya pada hari Khamis.
Sementara itu, beliau memohon prosiding pada hari esok ditangguhkan kerana beliau ada temujanji di Hospital Putrajaya.
Koroner kemudian menetapkan prosiding hari kelapan pada esok dilapangkan dan bersambung semula pada hari Khamis. – K! ONLINE









