SHAH ALAM – Prosiding hari ke-12 Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini ditangguhkan berikutan Peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Syazlin Mansor tidak hadir. Ketidakhadirannya adalah disebabkan masalah kesihatan. Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili keluarga anggota bomba itu, Kamaruzaman Abd Wahab kepada Koroner, Rofiah Mohamad. Terdahulu, prosiding hari ini dijangka memanggil dua saksi termasuk seorang pakar forensik daripada Institut Perubatan Forensik Negara. Prosiding akan bersambung pukul…










