Indonesia 'hancur': Prabowo terdesak? - Utusan Malaysia

Indonesia ‘hancur’: Prabowo terdesak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 FEB. – Kelantangan Prabowo Subianto yang mengkritik pemerintahan kerajaan ketika ini akhirnya mendapat jawapan balas oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Detiknews melaporkan, Jokowi ketika berkempen di Surabaya dan Semarang ‘menjawab’ satu per satu dakwaan Prabowo berkaitan beberapa isu kontroversi termasuk ramalan ‘kehancuran’ Indonesia 2030, nasib negara disamakan dengan Haiti dan penipuan kes Ratna Sarumpaet.

Pemimpin berusia 58 tahun itu terang-terangan menempelak sikap terdesak Prabowo sebagai mewujudkan kebimbangan dalam kalangan rakyat konon­nya Indonesia bakal musnah dan ‘dibubarkan’ jika masih diperintah oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada mengandaikan Indonesia bakal punah dan dibubarkan, mereka boleh bubar dan punah sendirian, jangan libatkan rak­yat Indonesia.

“Kita perlu optimis. Jangan biarkan ada yang memperkatakan tentang kemusnahan Indonesia. Kita perlu pandang ke depan,” katanya.

Jokowi turut menyuarakan kekecewaan terhadap kenya­taan Prabowo yang menya­makan Indonesia dengan negara miskin seperti Haiti dan mendakwa kekayaan Indonesia hanya dinikmati sebilangan besar rakyat negara ini.

Kata beliau, membandingkan Indonesia dengan Haiti adalah tidak wajar sama sekali.

Jokowi juga memetik tentang isu pembohongan melibatkan aktivis politik dan pelakon yang pada awal mendakwa dirinya dikasari tiga penyerang sehingga mengalami kecederaan ketika berada di Bandung pada Oktober lalu.

Namun, setelah soal siasat dilakukan, Ratna membuat penga­kuan tidak pernah dikasari, tetapi bekas kecederaan di wajah dialami beliau adalah kesan daripada pembedahan plastik dilakukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini