JAKARTA 3 FEB. – Kelantangan Prabowo Subianto yang mengkritik pemerintahan kerajaan ketika ini akhirnya mendapat jawapan balas oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi. Detiknews melaporkan, Jokowi ketika berkempen di Surabaya dan Semarang ‘menjawab’ satu per satu dakwaan Prabowo berkaitan beberapa isu kontroversi termasuk ramalan ‘kehancuran’ Indonesia 2030, nasib negara disamakan dengan Haiti dan penipuan kes Ratna Sarumpaet. Pemimpin berusia 58 tahun itu terang-terangan menempelak sikap terdesak Prabowo sebagai mewujudkan kebimbangan dalam kalangan rakyat kononnya Indonesia bakal musnah dan ‘dibubarkan’ jika masih diperintah oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). “Ada mengandaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya