Impian melihat kereta terbang di Malaysia bakal jadi realiti - Utusan Malaysia

Impian melihat kereta terbang di Malaysia bakal jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Impian rakyat Malaysia untuk melihat kereta terbang kini selangkah lebih hampir apabila demonstrasi kereta terbang pertama negara dijangka dibuat tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, sebuah kereta terbang tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1.2 juta (USD 300,000).

Katanya, demonstrasi kereta terbang pertama itu dijangka akan diadakan di tasik Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berbentuk dron yang berkapasiti dua orang penumpang. Dengan demonstrasi ini, kita mahu menyedarkan usahawan Malaysia bahawa inilah industri yang kita tengok di masa depan. Mungkin satu hari nanti dron ini boleh digunakan untuk mengembala lembu dan macam-macam lagi.

“Tiada apa yang mustahil dan usahawan perlu bijak mengambil peluang daripada teknologi yang sentiasa berkembang. Diharapkan dengan ada pelancaran ini, akan menggalakkan pembangunan aeroangkasa serta industri dron negara,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Seminar Muamalat dan Tadbir Urus Terbaik Koperasi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×