Imam pukul isteri didakwa esok - Utusan Malaysia

Imam pukul isteri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 13 Feb. – Seorang imam yang ditahan polis selepas disyaki memukul isterinya dan melepaskan satu das tembakan ke udara menggunakan sepucuk pistol pada 24 Januari lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, bekas anggota polis berpangkat sarjan itu akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata api tanpa kebenaran, menyimpan peluru tanpa lesen dan mencuri.

“Suspek berusia 63 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Dalam kejadian pada 24 Januari lalu, lelaki tersebut disyaki memukul isterinya sebelum melepaskan satu das tembakan gara-gara berang dengan tindakan wanita itu memajakkan dua batang pokok rambutan yang berbuah kepada penduduk di Kampung Bukit Kadir, Nilai.

Polis turut berjaya menemukan sepucuk pistol jenis Revolver yang ditanam oleh suspek di sebuah kawasan di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor pada 28 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN