TAMPIN 13 Feb. – Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia lima tahun parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Pasir Besar, Gemas di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mariani Ahmad, 31, yang memandu kereta Honda City meninggal dunia di lokasi kejadian selepas keretanya dirempuh sebuah lori tiga tan milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains). Pegawai Bomba Kanan II dari…