Ibu jumpa ular dalam katil bayi - Utusan Malaysia

Ibu jumpa ular dalam katil bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, Australia – Seorang ibu mahu menjual rumahnya dan bersumpah tidak akan kembali ke kediaman itu selepas dia terjumpa seekor ular berbisa semasa mahu menidurkan anak perempuannya di dalam katil bayi.

Wanita itu yang masih trauma kerana penemuan ular brown itu di dalam rumahnya pada Januari lalu adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari.

Penangkap ular dari Kawalan Ular Heaths, Heath Morehu kemudian dihubungi wanita itu bagi menangkap ular tersebut.

Morehu berkata, pada mulanya wanita berkenaan meletakkan bayinya yang berusia tiga bulan di dalam katil itu tetapi terkejut sebaik melihat kelibat ular di situ.

“Ular sepanjang 0.6 meter itu mengeluarkan najis dan ia disedari wanita berkenaan sebelum dia segera mengeluarkan anaknya dari katil tersebut,” katanya.

Tambah Morehu, ular itu adalah yang pertama ditangkapnya di dalam katil.

Katanya, reptilia tersebut memasuki rumah selepas wanita itu membiarkan pintu belakang rumahnya terbuka supaya anjing peliharaannya mudah untuk keluar dan masuk ke dalam kediaman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN