DUBAI 9 Feb. – Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) memberi amaran kepada negara-negara Arab ekoran hutang awam yang meningkat secara mendadak sejak krisis kewangan global 2008.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berkata, adalah sesuatu yang melang kerana rantau itu masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis kewangan global dan gangguan besar ekonomi lain sejak sedekad lalu.
Dalam Forum Fiskal Arab hari ini, beliau berkata, negara-negara Arab masih di bawah paras pra-krisis meskipun pengimport minyak dan pertumbuhan ekonomi memperlihatkan peningkatan.
“Hutang awam dalam kalangan negara pengimport minyak Arab dilihat meningkat mendadak daripada 64 peratus kepada 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak 2008. Hampir separuh daripada negara ini menanggung hutang awam lebih 90 peratus daripada KDNK negara mereka,” katanya. -AFP











