Kesusasteraan merangkumi keberadaan kita sebagai manusia dalam kelompok manusianya. Ia memastikan kita berada dan lestari dengan wajah serta pemikiran yang saling mengambil tahu antara satu dengan lain. Selain daripada peninggal monumen, sejarah sesuatu bangsa juga ditandai dengan karya sastera untuk meninjau pemikiran lampau. Ini kerana sastera tergolong sebagai karya seni yang menjadi tanda aras tinggi atau rendahnya sesuatu tamadun. Pada zaman ini sastera juga adalah wadah menyuburkan modal insan untuk…










