Hoki: Juara bertahan pilih laluan sukar - Utusan Malaysia

Hoki: Juara bertahan pilih laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Blue Warriors memilih laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan Piala Vivian May Soars apabila tewas 1-2 kepada Liaoning Infinite Space pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tengku Abdullah, Bangi sebentar tadi.

Skuad hoki wanita Polis Diraja Malaysia itu memperoleh gol tunggal menerusi Nadia Abdul Rahman (M-21) manakala Liaoning yang merupakan kelab jemputan dari China, meledak dua gol melalui jaringan Chen Yiming pada minit ketujuh dan ke-14.

Blue Warriors kini tiada cara lain selain bangkit mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya dengan keputusan dua gol sewaktu aksi timbal balik di Stadium Tun Razak, Jalan Duta pada Khamis ini jika mahu melangkah ke pentas final musim ini.

Sementara itu, juara baharu Liga Hoki Wanita Malaysia 2019, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) sudah sebelah kaki ke pentas final selepas menang 4-2 ke atas PKS Uniten sebentar tadi hasil dua gol Siti Rahmah Othman dan masing-masing satu daripada Man Meet Kaur serta Siti Noor Amarina Ruhani.

Dua gol PKS Uniten pula dijaringkan oleh Hanis Nadiah Onn dan Nur Zafirah Aziz. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN