KUALA LUMPUR 8 Feb. – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membangkitkan keluhan pesara tentera tidak berpencen yang meluahkan rasa terkilan susulan tiada lagi skim Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200 setahun di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menerusi hantaran dalam laman Twitter beliau hari ini, Hishammuddin mempersoalkan siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk membela kebajikan lebih 60,000 pesara tentera tidak berpencen di seluruh negara kalau bukan Kementerian…










