Hina nabi: NGO Pahang lapor polis - Utusan Malaysia

Hina nabi: NGO Pahang lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Feb. – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Foo Sing Wai berikutan tindakannya menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah.

Penyelaras gabungan itu, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, laporan polis itu dibuat ekoran penularan gambar kartun dalam keadaan berbogel dikongsi di laman sosial pemilik akaun terbabit yang digambarkan sebagai junjungan besar dan isteri baginda.

“Kami mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit dan kami kecewa di atas penghinaan yang terlalu biadap ini.

“Kami menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya supaya segera membuka kertas siasatan bagi menyiasat individu itu berlandaskan undang-undang negara,” katanya di sini hari ini.

Haslihelmy berkata, sebagai rakyat, gabungan NGO berkenaan akan terus berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan negara dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pemilik Facebook berkenaan kerana dengan berani menghina Nabi Muhammad SAW,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN