Hina Agong: Suara gesa jangan 'double standard' - Utusan Malaysia

Hina Agong: Suara gesa jangan ‘double standard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 Feb. – Majlis Suara Melayu Johor (Suara) mengadakan bantahan aman membantah kebiadapan seorang individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Facebooknya.

Bantahan itu supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik laman sosial Facebook bernama Desmond Yongkor yang tidak menghormati institusi beraja di negara ini. 

Kira-kira 50 terlibat dalam bantahan tersebut yang diadakan selepas majlis pelancaran Suara dan Gerakan Pemulihan Bangsa di Hotel Seri Malaysia, Larkin di sini sebentar tadi.

Suara
A. RAHMAN (tengah) menerima borang keahlian Suara daripada 30 yang memohon menjadui ahli selepas pelancaran Majlis Suara Melayu Johor (Suara) dan Gerakan Pemulihan Bangsa di Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru.

Pengerusi Suara, A. Rahman Mahadi berkata, kedudukan raja dan bangsa Melayu dalam negara ini sudah kukuh sejak sekian lama dan seharusnya tidak diperlekehkan.

“Negara kita dah beralih ke fasa baharu daripada pemerintahan dan perubahan sosio budayanya. Tetapi perlu ingat, ada batasnya. 

“Dalam rukun negara juga sudah tertulis mengenai perkara itu. Jadi janganlah ada pihak yang sengaja mewujudkan persengketaan itu, sudah lama kita hidup serumpun mengapa ditimbulkan perkara seperti ini (hina raja) sekarang,” katanya ketika ditemui. 

Beliau berkata, kerajaan baharu perlu mengambil tindakan dan tidak mengamalkan sebarang double standard atau pendakwaan yang terpilih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN