PELAKON Datin Niena Baharun mengakui kehidupannya kini melalui fasa perubahan ketara selepas menimang anak pertama pada 24 Oktober tahun lalu. Fokus Niena kini terarah sepenuhnya kepada cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikael sehingga terpaksa berehat seketika daripada bidang lakonan. Pelakon berusia 26 itu juga tidak kisah seandainya populariti yang pernah memberi impak cemerlang watak wanita perampas bernama Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku yang bersiaran pada tahun lalu berkubur…










