Hijau juara pertandingan kokokan ayam hutan hibrid - Utusan Malaysia

Hijau juara pertandingan kokokan ayam hutan hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 18 Feb. – Sebanyak 41 kokokan sepanjang tempoh 15 minit yang dilontarkan oleh ‘Hijau’ menobatkan ayam peliharaan Abdullah Ali Yusoff, 62, sebagai juara pada pertandingan Seni Suara Kokokan Ayam Hutan Hibrid Terbuka Rantau Panjang.

Pada pertandingan itu, Hijau menewaskan 59 ekor ayam-ayam lain untuk muncul juara bagi edisi sulung itu.

Abdullah Ali berkata, lebih mengejutkan ayamnya itu berjaya meraih kejayaan pada penampilan sulung di pentas pertandingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka Hijau mampu beraksi dengan tenang untuk merangkul kejuaraan.

“Saya terkejut Hijau boleh menang kerana ini kali pertama dia masuk bertanding.

“Namun rezeki berpihak kepada kami dan saya gembira dengan kejayaan ini,” katanya di sini hari ini.

Abdullah Ali memberitahu, dia menyertai pertandingan itu secara suka-suka selain membiasakan ayam untuk ‘selesa’ ketika masuk gelanggang.

Katanya, ayam tersebut dibelinya dengan harga RM250.

“Saya ada sekor lagi ayam yang dinamakan ‘Kuning’, namun hari ini dia gagal menyerlah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×