SEREMBAN 10 Feb. – Puluhan kenderaan rosak yang terbiar sejak bertahun-tahun lamanya seolah menjadi penghias landskap beberapa kawasan di daerah ini dengan pemandangan jelik. Tinjauan Utusan Kota di beberapa lokasi mendapati masih banyak kenderaan yang tidak diketahui statusnya di kawasan laluan penduduk walaupun pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebelum ini pernah berusaha menangani masalah berkenaan. Antara lokasi dipenuhi pemandangan menyakitkan mata itu adalah di sekitar Seremban 2, Taman Tasik Jaya…










