Meskipun kebanyakan pengusaha dan pengunjung akur dengan larangan merokok di premis makanan, namun ada yang masih keliru tentang jarak tiga meter yang dibenarkan untuk merokok. Kekeliruan itu juga menyebabkan ada pengunjung mengikut kiraan sendiri meskipun jarak mereka merokok kurang daripada yang dibenarkan dan masih hampir dengan tempat pengunjung lain sedang menikmati makanan masing-masing. Penulis mendengar rungutan ini ketika meninjau beberapa premis makanan di sekitar Lembah Klang selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan…