Hazard tidak akan sertai Real - Utusan Malaysia

Hazard tidak akan sertai Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Feb. – Eden Hazard sebelum ini dilaporkan hampir pasti meninggalkan Chelsea untuk menyertai Real Madrid pada musim panas ini namun pemain Belgium itu dilihat akan terus kekal di Stamford Bridge.

Menurut satu laporan baharu, Chelsea tidak berpuas hati dengan tawaran yang dikemukakan Rel Madrid meskipun kedua-dua pasukan itu sudah hampir untuk melengkapkan urus niaga terhadap pemain itu.

Real menawarkan 30 juta euro (RM138.42 juta) dengan tambahan pemain Mateo Kovacic memandangkan Hazard hanya memiliki baki kontrak setahun bersama The Blues yang akan berakhir hujung musim ini.

Bagaimanapun, Chelsea dikhabarkan mahu sekurang-kurangnya 80 juta euro (RM369.12) dan kini sama sekali tidak berminat dengan tawaran Real.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN