Hayabusa2 mendarat DI asteroid Ryugu - Utusan Malaysia

Hayabusa2 mendarat DI asteroid Ryugu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 22 Feb. – Kapal angkasa Jepun, Hayabusa2, dijangka mendarat di asteroid Ryugu, kira-kira 300 juta kilometer dari Bumi, bagi mengumpul petunjuk mengenai asal usul Bumi dan sistem solar.

Hayabusa2 bakal mendarat pada pukul 8.25 pagi waktu tempatan, menurut Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA).

Jika proses pendaratan berjaya, Hayabusa2 akan mengumpul sampel-sampel dari Ryugu untuk dianalisis di Bumi.

Misi Hayabusa2, dengan kos sekitar 30 bilion yen (RM1.1 bilion) dilancarkan pada Disember 2014 dan dijangka pulang ke Bumi sekitar 2020. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN