SAUDARA PENGARANG,LANGKAH kerajaan memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik (DPMM) dengan meletakkan harga rumah jenis itu antara RM90,000 hingga RM300,000 sebuah adalah kurang tepat. Dasar itu tidak menggambarkan situasi sebenar isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang tidak mampu membeli kediaman berharga lebih dari RM100,000 sebuah. Kegagalan kerajaan baharu untuk menaikkan gaji minimum yang setimpal terhadap golongan pekerja menyebabkan had harga rumah mampu milik adalah rendah. Bank Negara Malaysia pada…










