Hanya PLO layak bercakap bagi Palestin - Utusan Malaysia

Hanya PLO layak bercakap bagi Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 9 Feb. – Palestin terus mengekalkan pendirian untuk tidak mengambil bahagian dalam persidangan Asia Barat yang ditaja Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan di Poland, minggu depan walaupun telah mendapat jemputan.

Press TV melaporkan, Ketua Perunding Palestin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Ereka berkata, kedudukan Palestin jelas untuk tidak menghadiri persidangan tersebut.

“Berdasarkan kenyataan kami dijemput, apa yang saya boleh katakan hari ini bahawa kami mempunyai hubungan dengan Poland.

“Kedudukan kami tetap jelas tidak akan menghadiri persidangan tersebut dan tidak memberi mandat kepada sesiapa untuk bercakap bagi pihak Palestin,” katanya dalam akaun Twitter miliknya semalam.

Seorang pegawai kanan pihak berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh juga menolak jemputan tersebut dan menyifatkan hanya PLO boleh bercakap bagi pihak penduduk Palestin.

Maklum balas tersebut susulan kenyataan pegawai AS menyatakan penduduk Palestin telah dijemput ke persidangan Warsaw yang digambarkan sebagai perbincangan berbanding rundingan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu; Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo serta Penasihat Kanan kepada Presiden Donald Trump, Jared Kushner dan wakil AS di Asia Barat, Jason Greenblatt adalah antara yang dijangka menghadiri persidangan Warsaw.

Sementara itu, seorang peng­analisis politik AS, James Petras dalam satu temu bual bersama Press TV pada Rabu lalu berkata, AS akan terlibat dalam lebih banyak konflik di Asia Barat sekiranya memberikan soko­ngan tanya syarat kepada Israel secara berterusan.

Katanya, pengisytiharan Trump untuk terus menyokong Israel adalah penentu kedudukan negara berkenaan di Asia Barat.

Dalam perkembangan bera­singan, dua remaja lelaki maut selepas ditembak mati tentera Zionis semasa bantahan di sempadan Gaza semalam.

Jurucakap Kementerian Ke­sihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, mereka yang maut adalah Hassan Iyad Shalabi, 14, dan Hamza Mohammed Roshdi Ashtiwi, 17, selepas masing-masing ditembak di dada dan leher.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN