Hanya Messi, Neymar boleh ganti Dybala - Utusan Malaysia

Hanya Messi, Neymar boleh ganti Dybala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 15 Feb. – Pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici menegaskan bahawa Paulo Dybala tidak akan dijual pada musim panas ini walaupun dikaitkan dengan beberapa gergasi bola sepak Eropah.

Bintang Argentina yang menyertai Juventus pada 2015 dilaporkan berjaya menarik perhatian beberapa kelab termasuk Manchester United dan Real Madrid sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan di Itali, Madrid bersedia mengeluarkan 105 juta pound (RM549.67 juta) bagi mendapatkan penyerang itu sebagai langkah memperkasakan pasukan pada musim panas ini.

Bagaimanapun, Paratici percaya hanya Lionel Messi dan Neymar sahaja mampu menggantikan Dybala di Juventus dan kedua-dua pemain itu adalah mustahil untuk di bawa masuk.

“Sesiapa yang meninggalkan kelab ini adalah atas keputusan mereka. Saya tegaskan bahawa pasukan ini sudah cukup sempurna.

“Siapa yang lebih baik daripada Dybala? Sukar untuk kami dapatkan Messi, sama seperti Neymar. Dybala adalah pemain yang akan terus bersama kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN