Hala Tuju MoA 2019-2020 dilancarkan Khamis ini - Utusan Malaysia

Hala Tuju MoA 2019-2020 dilancarkan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Feb.- Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020 yang akan dilancarkan pada Khamis ini memberi fokus kepada jaminan keselamatan makanan negara dan meningkatkan pendapatan sektor pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dua fokus itu menjadi agenda utama kerana perlu diberikan pembaharuan selepas pemerhatiannya dalam tempoh sembilan bulan mengemudi kementerian terbabit.

Beliau berkata, selain dua fokus utama itu, hala tuju yang akan dilancarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor akan turut merangkumi lima teras saling berkaitan antara satu sama lain untuk sektor pertanian.

“Semua agenda dalam hala tuju itu adalah penting bagi menjamin keselamatan makanan negara dengan memastikan produktiviti dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Bersama Media di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN