Hakeem Al-Araibi selamat tiba di Melbourne - Utusan Malaysia

Hakeem Al-Araibi selamat tiba di Melbourne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 12 Feb.- Pemain bola sepak yang juga pelarian dari Bahrain yang dibebaskan setelah ditahan di penjara di Thailand selama dua bulan selamat tiba di Melbourne hari ini.

Hakeem Al Araibi, 25, yang meninggalkan Bahrain pada 2014 dan menerima status pelarian di Australia, dibebaskan dari penjara Isnin lalu.

Beliau berkunjung ke Bangkok November tahun lalu untuk berbulan madu bersama isterinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, beliau ditahan di lapangan terbang selepas penguatkuasa Thailand menerima arahan daripada kerajaan Bahrain.

Pihak berkuasa Bahrain mendakwa Hakeem terlibat ketika rusuhan kebangkitan rakyat dunia Arab pada 2011.

Hakeem bagaimanapun menolak tuduhan tersebut.

“Saya belum memiliki kewarganegaraan (Australia) buat masa ini, tetapi ini adalah negara saya.

“Saya sayangkan Australia dan akan mati di sini,” katanya.

Ketibaan pulangnya di Melbourne disambut ratusan penyokong dan media.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×